Ask Riot: Movie? Voice Chat? Item Sets?
Pendapat berkenaan thread ASK RIOT
Development | April 6, 2017 | By Red

LEAGUE OF LEGENDS MOVIE
Siapa yang tak mahukan champion kegemaran mereka live di pawagam? Pastinya itu bukan sahaja apa yang diimpikan oleh peminat League malah pihak Riot sendiri. Bagaimanapun ia bukanlah sesuatu yang perlu dilakukan secara terburu-buru. Pelbagai perancangan perlu dibuat terlebih dahulu. Sebagai permulaan, Riot telah melancarkan Universe 

What I think about League of Legends Movie?
Definetly a yes! Tapi seperti apa yang diperkatakan oleh Riot, ia tidak boleh dilakukan secara terburu-buru. Malah dengan jumlah champion sekarang – 134 champions (champion terakhir Camille, belum masuk lagi champion baru yang dikhabarkan sebagai Harpy dan Pheonix), ia memerlukan masa untuk menyusun lore yang sedia ada bagi memastikan semua watak selari dengan jalan cerita. Lore pun belum tentu lagi korang habis baca, kalau mahukan Movie yang berkualiti, sabar la sikit ya.

Miss Fortune movie

 

IN GAME VOICE CHAT
Memang ramai yang berpendapat jika Voice Chat diimplementasi, ia akan memudahkan koordinasi pemainan. Tapi apa yang lebih yang dibimbangkan oleh Riot adalah pengalaman pemain kerana ia akan meningkatkan lagi potensi negative behavior di dalam permainan. Bagaimanapun mereka masih lagi mempertimbangkan perkara ini dan ia akan dikaji dengan lebih mendalam setelah Client League yang lebih stabil dikeluarkan.

What I think about Voice Chat?
Open voice chat dimana semua pemain boleh berinteraksi ketika dalam permainan mungkin bukan cadangan terbaik. Malah sistem seperti ini pernah diguna di dota2 – It can be really frustrating bila bermain dengan randon players dan tiba-tiba mereka bercakap dalam bahasa yang kamu faham, menjerit dan macam macam lagi. True you can just mute them, but isn’t it annoying having to do that every single time?

Pro’s 
– Voice chat lebih mudah tanpa perlu menggunakan apliaksi luar

Con’s
– Pemain lebih terdedah kepada negative bahavior di Public match/ Random matchmaking

toxic-mundo

Bayangkan jika anda terpaksa mendengar semua ini di in game voice chat

 

ITEM SET CREATOR TOOL IN NEW CLIENT
Persoalan yang belum dijawab sebelum ini. Walaupun sebelum ini riot memaklumkan bahawa mereka tidak merancang untuk membina item set creator tool seperti yang tersedia di Legacy Client, mereka telah mempertimbangkan semula keputusan tersebut dan bersetuju untuk membina semula item set creator tool di Client baru. Tapi keutamaan mereka buat masa ini ialah menggantikan Legacy Client dengan Client baru yang stabil, kemudian barulah tool tersebut ditambah setelah Client baru stabil.

What I think about Item Set Creator Tool?
It’s not a crucial part (to me) as I never even use it. Tapi tak tahulah macam mana dengan pemain lain? Korang guna ke Item Set Creator Tool ni? Because as for me, my item set usually depend on the situation (and my mood). Apapun, jangan risau. Ia tetap akan dimasukkan di new client.

Item Set tool

Item Set Creator Tool di Legacy Client sekarang

 

Post Berkaitan

Comments