Solo Yolo 1v1 – Bermain solo di League. Ada berani?
Online tournament ini akan menjanjikan pertempuran sengit antara pemain solo League.
Aktiviti | April 7, 2017 | By Mikail Karma

Solo Yolo 1v1

Memperkenalkan Solo Yolo 1v1, tournament online 1v1 yang dibuka kepada para pemain yang bermain di server Singapura dan Malaysia. Ia akan dianjurkan pada 17 – 25 April 2017.

Dalam kejohanan online ini, kami mahu anda tunjukkan gaya permainan 1v1 anda dalam arena yang sengit.

Nikmatilah kemenangan yang manis, apabila anda menumpaskan pihak lawan anda di Howling Abyss!

 

Tier

Keadilan mesti ditegakkan apabila para peserta diletakkan di dalam bracket! Untuk memastikan keadilan ini berkekalan, tournament ini dibahagikan kepada dua tier:

Tier 1: Pemain Unranked, Bronze, Silver, dan Gold.
Tier 2: Pemain Platinum, Diamond, Master, dan Challenger.

Kedua-dua tier akan mengikut format tournament yang sama dan dijalankan pada waktu yang sama. Ya, ini bermakna, kedua-dua tier akan mempunyai jumlah hadiah yang berbeza untuk diberikan kepada para pemenang.

 

Hadiah lumayan

Berikut adalah hadiah yang akan diberikan kepada para pemenang:-

Solo Yolo 1v1 Prizes BM

 

Format tournament

Asalkan anda dihubungkan ke internet, anda boleh bermain dalam tournament ini. Berikut adalah formatnya:-

  • Single elimination.
  • Musnahkan nexus musuh untuk menang.
  • Main dalam Custom Game, Blind Pick & Howling Abyss.

 

Pendaftaran

Klik link di bawah untuk mendaftar sekarang!:-

Untuk mengetahui jika anda telah mendaftar, sila layari Solo Yolo 1v1 Slot Checker Tier 1 di sini.

Untuk Tier 2, sila layari Slot Checker Solo Yolo 1v1 Tier 2 di sini.

 

Jadual tournament

Solo Yolo 1v1 Schedule BM

 

500 IP untuk semua peserta

Bila anda muncul untuk berlawan dalam Round 1, anda akan menerima 500 IP!

Solo Yolo 1v1 500 IP BM

 

Bagaimanakah cara untuk anda bermain dalam tournament ini?

Baca ini! Disebabkan kami akan menganjurkan tournament ini online, adalah penting untuk anda melihat infografik di bawah. Ia menjelaskan kepada anda, apa yang anda perlu lakukan pada hari perlawanan.

Solo Yolo 1v1 10 steps BM

Ada sebarang persoalan? Komenlah di bawah. Kami akan menjawab soalan anda secepat mungkin.

Anda juga boleh menghantar mesej kepada kami melalui page Facebook Solo Yolo 1v1.

Post Berkaitan

Comments