Sedang Tilt? Mari Baca ini.
Langkah-Langkah hilangkan Tilt
Asas | April 20, 2017 | By Add Maths

Ada beberapa ketika, kita akan merasa bahawa hari itu bukan hari kita. Kita akan berada dalam keadaan tidak begitu bagus dan dari segi prestasi, mungkin tidak pada tahap yang memuaskan. Kita akan lebih banyak kalah games daripada kita menang. Kita akan melakukan lebih banyak kesilapan di dalam game daripada sebelum ini. Keadaan ini, majoriti pemain katakannya sebagai ‘Tilt‘. Apabila kita berada di dalam ’tilt’ ini, banyak benda kita tidak mampu buat. Walau bagaimanapun, disini ada beberapa langkah untuk mengelakkan diri daripada terus terjerumus ke dalam ’tilt’ ini dan menghilangkannya supaya games yang akan datang, akan menjadi lebih baik.

Tilt History

  1. ELAKKAN RANKED GAMES. MAIN MODE GAMES YANG LAIN DAHULU (NORMAL/ARAM)

Kebanyakkan tilt yang berlaku pada players yang sering bermain di Ranked game. Faktor utama perkara ini berlaku kerana stress yang ada pada Ranked games itu adalah lebih tinggi berbanding dengan mode game yang lain. Pemain akan terasa yang mereka perlu sentiasa berada dalam keadaan berprestasi tinggi, dan apabila perkara tersebut tidak berlaku, mereka akan menjadi ’tilted’ dan sebaliknya yang berlaku, Stress juga akan meningkat dua kali ganda dan corak permainan akan menjadi lebih buruk.

Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, berhenti main Ranked game itu dan cuba main mode game lain dahulu. Ia mampu untuk menghilangkan stress tersebut, dan pada masa yang sama, pemain mampu mendapat ruang latihan bagi champions yang ingin digunakan di Ranked games yang kelak.

Say No to Ranked Games

BERHENTI BERMAIN LEAGUE SEKETIKA

Jika bermain mode game lain dan pemain tersebut tetap dalam keadaan yang teruk, itu petanda yang pemain tersebut perlu berhenti bermain League buat seketika. Ini kerana mereka berada dalam keadaan yang sangat buruk dan mood mereka pun sudah menjadi lain. Mereka akan menjadi menyampah dan secara tidak langsung, corak pemainan akan menjadi sama menyampah dengan apa mereka merasa.

Dalam keadaan ini, lebih baik berehat daripada League dan pergi bermain game lain. Ini mampu untuk mereka membuang mood League seketika dan memberi sedikit pelepasan stim terhadap game-game yang telah kalah sebelum ini. Jangan lupa, bukan League sahaja game yang ada diluar sana.

Rage League

LAKUKAN AKTIVITI LUAR

Jika perkara diatas tidak berkesan, maka anda perlu berhenti menghadap ke muka komputer dan lakukan aktiviti-aktiviti lain. Lebih digalakkan melakukan aktiviti luar. Anda boleh pergi berekreasi bersama-sama rakan-rakan ataupun keluarga, pergi keluar jalan-jalan, bersosial dengan pemain lain di luar game, lepak borak untuk buangkan mood, pergi ke gym, dan sebagainya.

Ada banyak benda boleh dibuat di luar alam maya. Mungkin pada saat ini, pemain itu perlu tinggalkan alam maya tersebut dan mula membuka mata ke alam luar sana. Tambahan pula, ada pepatah gaming juga patut diambil teladan; “a fit gamer is a healthy gamer”.

Fit gamer

KEMBALI KEPADA ROHANI

Oleh kerana kebanyakkan ’tilt’ yang berlaku atas sebab mood yang tidak kena, dan apabila telah melakukan perkara diatas, dan masih lagi dalam keadaan ’tilt’, ini merupakan masa anda untuk tinggalkan dunia seketika dan sentuh semula rohani anda┬áitu. Pergi lakukan perkara-perkara yang boleh menenangkan rohani anda itu.

Perkara paling umum yang boleh dilakukan adalah dengan bertafakur, ataupun erti kata lain, bermeditasi. Anda juga boleh melakukan perkara-perkara lain yang mengikut agama anda masing-masing. Untuk orang Islam, anda boleh cuba pergi melakukan solat sunat. Untuk mereka yang beragama Christian, anda boleh singgah sebentar ke Church yang terdekat. Sama juga dengan agama lain, cari jalan untuk periksa semula rohani anda itu.

Meditation

 

Akhir kata…

Jika anda telah melakukan perkara-perkara diatas, dan masih lagi dikatakan dalam keadaan ’tilt’, maka kesimpulannya itu bukan ’tilt’. Itu petanda anda memang perlu asahkan lagi skill anda di dalam League. Bukan salah ’tilt’ sahaja yang akan memberi kekalahan pada games anda. Mungkin anda masih lagi tidak cukup hebat untuk bermain. Disini, disarankan untuk berlatih lagi dan mencari info di luar sana tentang cara untuk bermain League dengan lebih baik. Jangan sentiasa salahkan ’tilt’.

Post Berkaitan

Comments