“Point and Click” dan “Skill Shot”
Jenis-jenis skills dalam League
Asas | April 26, 2017 | By Add Maths

Mari kita perkembangkan lagi ilmu tentang League of Legends. Selain daripada infomasi tentang cara permainan dan juga pembelian barangan, apa kata kita mendapatkan sedikit info tentang perkara-perkara kecil di dalam League. Antara perkara kecil tersebut adalah jenis skills yang ada pada seseorang champion. Dalam pencerahan kali ini, mari kita ketahui dua jenis skills yang ada; Point and Click (PaC) dan Skill Shot (SS). Info yang diberi ini hanya sekadar untuk dikongsikan kepada khalayak umum untuk mendekatkan diri lagi dengan permainan League of Legends ini.


Point and Click (PaC)

Point and Click P1

Point and Click skills adalah jenis skill dimana selepas seseorang pemain itu tekan jenis skill tersebut, dia hanya perlu halakan kepada mana-mana sasaran yang dia inginkan (pihak lawan, minions, jungle monster, dll.), dan kemudian klik sahaja untuk skill itu dilepaskan. Jika anda bermain dengan penggunaan smart cast dengan menggantikannya dengan adanya jarak kawasan skill, maka anda hanya perlu halakan sahaja tanpa click. Sama juga jika anda bermain dengan menggunakan smart cast tanpa adanya jarak kawasan skill tersebut.

Point and Click 2

Skill jenis begini adalah sangat mudah digunakan. Skill tersebut tidak akan tersasar apabila digunakan kerana skill tersebut akan sentiasa kena pada sasarannya, dengan syarat skill itu berada dalam jarak kawasan hadnya, dan juga pemain tersebut tidak terganggu untuk skills yang ada channeling time. Selagi sasaran itu telah dihalakan dan diklik, maka skill tersebut akan terkena kepada sasaran tersebut. Skill jenis ini adalah satu skill yang bagus untuk mereka yang baru dengan League dan ingin cuba memahirkan diri mereka di dalam game.

Point and CLick 1

Antara skills yang mempunyai kriteria seperti ini adalah Vladimir (Q) Transfusion, Maokai (W) Twisted Advance, Annie (Q) Disintegrate, dan lain-lain lagi. Apakah lagi skills Point and Click lain yang anda tahu? Cuba kongsikan di ruang komen dibawah.


Skill Shot (SS)

Skill Shot P1

Skill Shot (SS) merupakan jenis skill yang memerlukan pemain untuk menghalakan kawasan trajektori ke arah mana pemain itu ingin sasarkan dan melepaskannya ke arah tersebut. Klik jika tidak bermain secara smart cast, dilepaskan jika pada smart cast. Dengan cara tersebut, skill yang berkaitan akan pergi ke arah mana kawasan trajektori yang dihalakan. Jenis skill ini wujud majoritinya pada skills champion yang mempunyai elemen tembakan. Kawasan trajektori itu adalah seperti lelohong pada sesepucuk pistol dan skill yang dilepaskan adalah pelurunya.

Skill Shot 1

Skill jenis ini memerlukan latihan dan masa untuk dimahirkan. Ini kerana Skill Shot mampu untuk tersasar jika tidak dihalakan dengan betul. Mereka yang mahir menggunakan skill ini adalah mereka yang mempunyai skill mekanik game yang tinggi dan juga game refleks yang tinggi daripada pemain biasa. Mereka yang gemar menggunakan skills begini biasanya suka menunjuk dan suka melakukan flashy plays biasanya sukakan champions yang cepat dan mondar-mandir, dan juga untuk jadikan sebagai peralatan kiting.

Skill Shot 2

Antara champion yang mempunyai banyak Skill Shot pada skills-nya ialah Ezreal, Lucian, Kled, Fiora, dan Ahri. Ada juga champion-champion lain yang mempunyai Skill Shot pada skills-nya. Cuba senaraikan nama beberapa champion tersebut di ruang komen dibawah.


Kesimpulan

Ada wujudnya perdebatan mana jenis skill adalah lagi hebat. Sebenarnya, dua-dua mempunyai kelebihan dan keburukan masing-masing. Semuanya bergantung kepada citarasa pemain untuk menentukan mana jenis skill yang mereka lebih selesa.

Secara ringkasnya (TL;DR)

Point and Click

  • letak dan klik
  • tidak akan tersasar
  • mudah untuk digunakan

Skill Shot

  • hala dan lepaskan
  • mudah tersasar
  • perlukan kemahiran

Jhin Selamat

Post Berkaitan

Comments