Solo Yolo 1v1 kembali untuk edisi bulan Mei
Online tournament ini akan menjanjikan pertempuran sengit antara pemain solo League.
Aktiviti | May 15, 2017 | By Mikail Karma

1280x720

Solo Yolo 1v1, tournament online 1v1 yang dibuka kepada para pemain yang bermain di server Singapura dan Malaysia, kembali pada 22 – 29 Mei 2017.

Dalam kejohanan online ini, kami mahu anda tunjukkan gaya permainan 1v1 anda dalam arena yang sengit.

Nikmatilah kemenangan yang manis, apabila anda menumpaskan pihak lawan anda di Howling Abyss!

 

Masalah dan Penyelesaiannya

Pada Solo Yolo 1v1 edisi bulan April yang berlangsung pada 17 – 25 April 2017 yang lalu, kami sedar akan beberapa masalah yang berlaku sewaktu kejohanan ini berlangsung.

Oleh itu, kami senaraikan di bawah, masalah yang telah anda alami, dan penyelesaian yang kami akan laksanakan untuk membendung masalah tersebut.

BM Didn't Reply

Ada kes yang berlaku pada kejohanan lepas, di mana pihak lawan pemain tersebut tidak membalas mesejnya, dan dia tidak mesej kepada kami mengenai hal tersebut. Justeru, kami fikirkan kedua-dua pemain ini tidak munculkan diri untuk bermain pada round 1, dan akhirnya kedua-dua pemain disingkirkan daripada kejohanan.

Bila pihak lawan tidak membalas mesej anda, mesej kami secepat mungkin!

BM FB Link

Ya, ada banyak link dalam senarai nama peserta tak betul pada kejohanan yang lepas. Nanti bila nak daftar, bagi FB link naaa. Sah FB link takkan salah punya. Kalau salah jugak, koranglah bagi FB link tak betul.

BM Update Bracket

Tak dinafikan, kami mengambil masa yang lama untuk mengemaskini bracket. Jadi, kami akan melantik lebih ramai orang untuk mengemaskini bracket tersebut.

BM Event Page

Aduh, pada hari kejohanan, kami menerima banyak mesej. Mesejnya terlalu banyak, kami cenderung untuk melakukan kesilapan, apabila kami ingin mengemaskini bracket dengan result yang anda berikan melalui personal message kami. Jadi poskanlah result anda di event page kami.

Tier

Keadilan mesti ditegakkan apabila para peserta diletakkan di dalam bracket! Untuk memastikan keadilan ini berkekalan, tournament ini dibahagikan kepada dua tier:

Tier 1: Pemain Unranked, Bronze, Silver, dan Gold.
Tier 2: Pemain Platinum, Diamond, Master, dan Challenger.

Kedua-dua tier akan mengikut format tournament yang sama dan dijalankan pada waktu yang sama. Ya, ini bermakna, kedua-dua tier akan mempunyai jumlah hadiah yang berbeza untuk diberikan kepada para pemenang.

Hadiah lumayan

Berikut adalah hadiah yang akan diberikan kepada para pemenang:-

Solo Yolo 1v1 Prizes BM

 

Format tournament

Asalkan anda dihubungkan ke internet, anda boleh bermain dalam tournament ini. Berikut adalah formatnya:-

  • Single elimination.
  • Musnahkan nexus musuh untuk menang.
  • Main dalam Custom Game, Blind Pick & Howling Abyss.

Pendaftaran

Klik link di bawah untuk mendaftar sekarang!:-

Untuk mengetahui jika anda telah mendaftar, sila layari Solo Yolo 1v1 Slot Checker Tier 1 di sini.

Untuk Tier 2, sila layari Slot Checker Solo Yolo 1v1 Tier 2 di sini.

Jadual tournament

BM Solo Yolo 1v1 May Schedule

500 IP untuk semua peserta

Bila anda muncul untuk berlawan dalam Round 1, anda akan menerima 500 IP!

Solo Yolo 1v1 500 IP BM

Bagaimanakah cara untuk anda bermain dalam tournament ini?

Baca ini! Disebabkan kami akan menganjurkan tournament ini online, adalah penting untuk anda melihat infografik di bawah. Ia menjelaskan kepada anda, apa yang anda perlu lakukan pada hari perlawanan.

BM Solo Yolo 1v1 May 10 Steps

Ingat, poskan result anda di event page kami:-

1

Ada sebarang persoalan? Komenlah di bawah. Kami akan menjawab soalan anda secepat mungkin.

Anda juga boleh menghantar mesej kepada kami melalui page Facebook Solo Yolo 1v1.

Post Berkaitan

Comments